Tahun ini dua kali diberi rezeki oleh Allah menjejak kaki ke Cameron.
Awal tahun dan hujung tahun...
Pada hujung tahun ....jalan naik ke atas sangat berkabus disebabkan musim hujan. Masa2 macam ni lah seronok bila satu family sibuk menghulur tangan keluar tingkap nak merasa cuaca sejuk...
Kali ini musim bunga daisi di kawasan hotel kami...
Sana sini berwarna warni...
Biasanya kalau ke Cameron, agenda dan tempat tinggal kami memang sama saja. Dulu2 memang lah teruja nak berjalan sana sini tapi sekarang lebih kepada santai saja. Biasanya kalau mula sampai, kami akan rehat dan minum teh di Bharat Tea Plantation kemudian baru lah check in ke hotel. Sebelum masuk hotel pula, kami akan berjalan kaki ambil angin petang ke Kea Farm. Biasanya suami dan anak duduk minum2
sambil menunggu saya pergi mengintai bunga2 segar. Kali ini banyak bunga carnation dan baby breathe..
Walaupun tahu tak bertahan lama tapi tetap mahu dibawa pulang..
Dan malam pula, kalau di area Kea Farm memang sangat2 sejuk sampai kena balut satu badan. Biasanya malam kami ke Tanah Rata untuk makan malam dan membeli stok kopi , teh strawberry dan kudapan malam nanti.
Keesokan paginya pula hanya suami yg akan keluar membeli sarapan. Saya tak mahu keluar sebab wajib bagi saya untuk menghadap pemandangan pagi di kebun sayur depan balkoni kami.
Selepas suami pulang, kami akan sarapan bersama di balkoni.
Selepas checkout kami akan menuju tempat paling wajib iaitu Boh Plantation. Selesai secawan kopi teh Boh, kami pun menyusur jalan pulang je Kuala Lumpur.
Pada saya, Cameron dan bunga2 nya... kebun sayur nya....semua itu amat mendamaikan..
Sehingga bertemu lagi ....